Tentang Kami
Setiap titisan Jaravé ada mempunyai kisah yang tersendiri dengan rasa, seni, dan sentuhan istimewa.
Dilahirkan di Malaysia dengan ilham dari Sepanyol, nama Jaravé datang daripada perkataan jarabe yang bermaksud sirap. Nama ini diubah menjadi versi yang lebih moden dan bergaya, melambangkan jenama tempatan dengan cita rasa antarabangsa.
Setiap perisa dari Velvet Vanilla, Classic Caramel, sehingga Heavenly Hazel telah dibuat dengan penuh teliti untuk bagi rasa premium dalam setiap minuman. Sesuai untuk kopi, coklat, matcha atau apa sahaja minuman kegemaran anda.
Semua produk kami disahkan Halal dan dibuat dengan bahan berkualiti tinggi. Kami percaya rasa yang terbaik bermula daripada cita rasa yang sebenar.
Jaravé: Essence of Flavour.
Dimiliki oleh Darjat Group Sdn. Bhd., pencipta Kopi Dua Darjat — Jaravé meneruskan misi kami menghasilkan produk tempatan yang dibanggakan dan bertaraf dunia.
